Isnin, 17 Jun 2013

Pengenalan: Asas fotografi.


Perkataan 'Photography' berasal daripada bahasa Perancis 
dan berakar umbi daripada bahasa Greek, 
secara literalnya bermaksud "drawing with light". 
Jadi tidak syak lagi pencahayaan memainkan peranan yang
 paling penting dalam fotografi, tanpa cahaya maka tidak wujudlah fotografi.
 Seni fotografi secara asasnya adalah melihat dan menyeimbangkan pencahayaan.

Gambar menunjukkan ilustrasi bagaimana sesebuah
 kamera berfungsi (secara ringkasnya), daripada objek 
atau sumber cahaya kepada sensor (atau filem bagi kamera bukan digital).

Pertama sekali, cahaya akan melalui lens,
 iaitu kaca bersiri yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. 
Selepas itu, cahaya akan melalui 'aperture', 
secara asasnya dikenali sebagai bukaan untuk membenarkan cahaya
 melaluinya dan mengawal jumlah cahaya yang akan jatuh ke atas permukaan 'sensor'.

Seterusnya ialah 'shutter', satu 'tetingkap' yang mengawal
 berapa lama tempoh masa sesuatu 'sensor' terdedah kepada cahaya.
 Lagi lama 'shutter' terbuka, lagi banyak cahaya
 yang akan didedahkan kepada 'sensor'.


Dan yang terakhir ialah 'sensor'.
 'Sensor' adalah 'plate' yang sangat sensitif dan berfungsi 
untuk menyerap cahaya dan mengubahnya menjadi 'pixels'.
 Seperti yang korang lihat pada gambar sebelah,
 imej yang jatuh di atas 'sensor' sebenarnya terbalik (upside down), 
begitu juga mata kita menghasilkan imej terbalik.

Aperture.Bahagian 2/2 - Depth of field.

Contoh lain, kaitan aperture dengan depth of field (DOF). 
Semakin besar bukaan aperture (nilai f-stop kecil), 
semakin sempit DOF dan sebaliknya. 


rujuk gambar di diatas ini untuk lebih faham.

f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. 
Maka kawasan fokus (DOF) akan terhad. 
kawasan yang berada di belakang atau di 
depan objek akan menjadi blur (Bokeh)

f/11: Bukaan aperture sederhana.
 Cahaya masuk tidak terlalu banyak.
 Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. 
Tapi bahagian belakang atau di depan objek masih kabur sedikit (Bokeh)

f/32: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. 
Jadi, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan 
lebih baik, tiada kawasan yang nampak blur.

Aperture.Bahagian 1/2

Aperture adalah salah satu 'elemen' yang penting dalam fotografi. 

jadi, untuk menggunakan dan mengawal aperture dengan betul, 
korang mstilah mengetahui apa itu aperture dan fungsinya. 

..."Dari segi saintifiknya, aperture ni adalah bukaan iris 
pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, 
maka lagi banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera. 
Sekiranya bukaan kecil, sedikitlah cahaya yang boleh masuk. 
Konsep ini sama seperti mata kita."

Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'. 
Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22. 
Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar 
(contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai 
aperture yang kecil (contoh f/4).

Gambar menunjukkan bukaan aperture dengan
 jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil, 
maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar, 
banyaklah cahaya yang masuk.



Bersambung....
ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR

 slain aperture dan shutter speed. 
Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan 
gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.

ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah 
unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau 
sensor kamera digital kepada cahaya. 
Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. 
ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. 
ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, 
manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.

ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 
100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. 
Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. 
Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang 
cerah seperti di bawah cahaya matahari, 
perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) 
untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. 
Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, 
ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan 
(contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas,
 tidak terlalu gelap.



Contoh penggunaan ISO dengan betul:
ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya.

Bersambung...

Ahad, 10 April 2011

Talent Terkecik saya, Nurul Liyana...

Hye guys... 
selongkar punya selongkar,
terjumpalah 1 folder talent nie...
terasa nak kongsi laa pulak kan...


Time nie, Majlis Perkahwinan my sist..



Time nie pulak, 1st potoshoot...
area Dataran Tasik, Bandar Penawar..



Act, saya x pro sangat dalam memposingkan talent...



Nie photoshoot yang kedua..
dekat Stadium, Bandar Penawar...


Act, saya suka tengok gambar nie...
muka dia, sangat comel...
btw, dia jugak adalah 
adik angkat saya... comel kan?? ^_^

Ahad, 3 April 2011

Terjumpa Website bagus editing!!

Website nie khas saya tujukan,
kepada para editor yang amat beginner..
Why not kita belajae guna photoshop
secara yang mudah dan x sesusah mana pun...


Clik ini capaian,
Anda akan mengetahuinya....
selamat mencuba!!
^_^

Ahad, 27 Mac 2011

Sensitiviti DSLR


Sensitiviti DSLR

Sensitiviti didalam kamera DSLR merupakan unit mengukur
atau lebih dikenali sebagai nilai ISO (ISO equivalent).
ISO adalah cara untuk merakamkan kepantasan gambar dikira,
oleh itu pengiraan pembukaan yang konsisten daripada cahaya yang sedia ada.
Jika lebih tinggi nombor ISO itu, maka lebih banyak sensitiviti,
tetapi akan menampakkan lebih banyak bintik-bintik (grain).
Di dalam bidang atau penggunaan DSLR bintik-bintik (grain)
lebih dikenali dengan nama 'noise'. Untuk hasil yang terbaik,
gunakan setting ISO yang mempunyai signal terbaik dengan 'noise' yang kurang.
Permulaan yang baik bagi kebanyakan kamera ialah ISO800,
walaupun anda memerlukan banyak eksperimen
sebagai latihan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kebanyakan model baru DSLR mempunyai 14-bit A/D converters.
Sekiranya kedalaman elektronik kian bertambah,
dan sensor saiz pixel mengecil ,
kamera akan mengeluarkan dimana converter boleh di 'digitize'
keseluruhan penyusunan jumlah sensor imej tanpa memerlukan
sebarang perubahan (adjustment). Apabila perkara ini berlaku
setting ISO mungkin tidak diperlukan/digunakan lagi kecuali
mungkin sebagai cara untuk membaiki/mengubah ke versi JPEG. 

Kesensitivitian  ISO boleh diset kan melalui penjatuhan sensitiviti didalam
Expose Tab di tetingkap kamera anda. Mengambil gambar yang
mempunyai sensitiviti yang berbeza membolehkan anda untuk
menggabungkan gandaan imej bersama-sama untuk mendapatkan
hasil imej yang mempunyai keseluruhan penyusunan dinamik yang terbaik.

Selamat mencuba!