Ahad, 27 Mac 2011

Apa yg anda harus lakukan sekiranya kamera anda jatuh?


Beberapa kamera digital sudah dibuat untuk kuat bila jatuh, terkena air dan debu. Tapi kamera seperti itu jumlahnya tidak banyak dan harganya juga mahal. Bila kamera anda bukan tergolong kamera tahan terkena benda keras, jaga dia dengan hati-hati. Namun bila tanpa sengaja kamera anda lepas dari genggaman hingga terjatuh, apa yang harus dilakukan? Inilah saran dari kami.

Pertama tentu kita menyedari bahawa tempat jatuhnya kamera boleh memberikan impak yang berbeza. Jatuh di katil, jatuh di lantai, jatuh di tanah atau jatuh di air. Bahan yang keras seperti lantai  berpotensi merosak body kamera hingga memecahkan lensanya, dan peluang untuk kamera  selamat menjadi lebih kecil. Jatuh di air sebaliknya memang tidak merosak bentuk kamera tetapi akan membuat kamera terus mati selamanya

Bila kamera jatuh di permukaan yang keras

Langkah pertama adalah periksa fizikalnya, bagaimana bentuk kamera setelah terjatuh, adakah masih utuh, retak, pecah atau ada bahagian yang berpisah. Jika anda bernasib baik, kamera mungkin hanya agak sedikit retak namun bentuknya masih utuh. Periksa condition lensanya, bila kamera jatuh dalam condition mati mungkin lensanya masih tersimpan di dalam body, namun bila lensa keluar dari body,mungkin ada bahagian lensa yang pecah atau bengkok. Bila lensa atau kamera pecah,anda harus hantar ke service centre secepatnya

Bila kamera terlihat utuh dan lensanya nampak  sahaja, langkah kedua periksa apakah kamera tetap hidup (bila saat jatuh dalam semasa on) atau periksa apakah kamera boleh dihidupkan (jika  jatuh dalam semasa off). Bila kamera tak menyala setelah jatuh, ini berita tak baik buat anda. Cepat bawa ke service centre
Namun bila kamera boleh on, periksa adakah mekanisme zoom tidak bermasalah dengan melakukanzoom in dan zoom out. .Jika ok,shoot beberapa kali agar kita tahu condition kamera masih bagus

Bila kamera jatuh di air
Ini bukan sesuatu yang mudah. Bila kamera jatuh ke air dalam keadaan on, besar kemungkinan kamera akan rosak, selamanya. Bila kamera dalam keadaan off jatuh ke air,Secepat mungkin buka bateri dan memory card. Keluarkan air secepatnya dengan menggoyang kamera anda. Pada tahap ini kemungkinan besar sirkuit elektronik didalamnya sudah basah, demikian juga dengan sensor dan lensa mungkin sudah terkena air. Anda boleh juga boleh mencuba letak ditempat kering dengan menyimpan kamera di kotak dengan silica gel  selama seminggu, atau meniupkan hair dryer kearah  kamera, tapi jangan berharap banyak. Bila sudah cukup kering, dalam condition bateri tiada dikamera,bawa ke service centre segera.

Jagalah kamera anda seperti anda menjada diri anda sendiri,kamera sangat sensitif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan