Aperture adalah salah satu 'elemen' yang penting dalam fotografi.
jadi, untuk menggunakan dan mengawal aperture dengan betul,
korang mstilah mengetahui apa itu aperture dan fungsinya.
..."Dari segi saintifiknya, aperture ni adalah bukaan iris
pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas,
maka lagi banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera.
Sekiranya bukaan kecil, sedikitlah cahaya yang boleh masuk.
Konsep ini sama seperti mata kita."
Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'.
Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22.
Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar
(contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai
aperture yang kecil (contoh f/4).
Gambar menunjukkan bukaan aperture dengan
jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil,
maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar,
banyaklah cahaya yang masuk.
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan