Isnin, 17 Jun 2013

ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR

 slain aperture dan shutter speed. 
Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan 
gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.

ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah 
unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau 
sensor kamera digital kepada cahaya. 
Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. 
ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. 
ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, 
manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.

ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 
100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. 
Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. 
Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang 
cerah seperti di bawah cahaya matahari, 
perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) 
untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. 
Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, 
ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan 
(contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas,
 tidak terlalu gelap.



Contoh penggunaan ISO dengan betul:
ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan